Pages

Resepi tiramisu simple gila!!

Assalamualaikum.

      Lama gila aku tinggalkan blog. Macam gua pun ada. Alah, aku kan ambil SPM tahun ni. Best gila dah habis. Rasa macam mau lompat bintang seratus kali. Disebabkan aku dah habis SPM, aku nak buat semua  yang aku tidak boleh buat during shcool time. 
  
     Actually, aku takla berapa minat kat tiramisu. Aku start dengar nama tiramisu ni kat sinetron Benci Bilang Cinta. Then one day, aku nampakla resepi tiramisu kat Fatin Liyana punya blog. Simplenya... Resepi aku sama ja dengan dia punya cuma aku edit sikit. Seriously,  this is the easiest cake I've ever made. Tak payah letak telur or letak kat oven or sukat2 semua tu. Kalau aku laaaa...

Bahan-bahan:


  • 1/2 kotak whipping cream
  • 250 g cream cheese. (aku guna Philadelphia cheese)
  • Gula secukupnya. (ikut hatilah nak manis ke tak. Aku letak 5 sudu gula then susu pekat sikit. Saja.. tapi sedap juga.)
  • 1 paket biskut tiramisu (kat tempat aku takda biskut ni so bantai jalah biskut Marie kat almari tu)
  • Air Nescafe tanpa gula
  • Nescafe 3 in 1 atau serbuk koko (I prefer to use choco powder sebab pahit+manis=nyammm) 

Cara-cara:

  • Campur cream cheese, gula dan whipping cream ke dalam mangkuk. Putar sampai sebati. Kalau cair sangat, itu maknanya whipping cream terlebih la tapi aku tak kesah sebab kalau masuk peti sejuk pun, dia akan solid juga.
  • Bancuh nescafe tanpa gula. Celup biskut kat air tu dan susun kat loyang. *
  • Tuang sedikit adunan tadi untuk cover biskut. *
  • Tabur nescafe 3 in 1 atau serbuk koko guna penapis. Kalau tak guna penapis tak cantik.*
  • Ulang balik langkah * sampai loyang tu penuh. Tak penuh pun takpa. Ikut suka hati masing-masing lah. 
  • Kalau taknak guna loyang pun takpa. Guna tupperware or bekas plastik pun bole. Hihi.
  • Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam gitula. Baru sedap nak makan. 

macam ni lah rupa tiramisu aku.

Guys, selamat mencuba!



Kamsahamnida baca entri ini!^o^

0 000 tikus menggigit: