Pages

my precious cheesecake

Assalamualaikum.


Entri ni untuk si ugou Niki (poyo) sebab dia balik-balik tanya. Tidak di Twitter and sms,di Instagram pun dia ada menanya.Hehe. Enda bah. Aku amik resepi ni dari MyResepi.com tapi aku edit2 sikit bahan dan cara buat dia.

Bahan2:

  • 250g cream cheese (aku kasi lebih sikit sebab mau tambah beratkan tapi kalau tidak mahu,boleh juga.hehe)
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt(aku tak letak fresh cream.aku guna yogurt)
  • 2 sudu besar jus lemon (aku guna sikitttt saja.keju dahlah masam,ada yogurt lagi nanti tambah masam pula)
  • 3 sudu besar tepung gandum ( aku tambah 2 sudu lagi.)
  • 2 biji telur (asingkan putih dan kuning)
  • 1 cawan susu segar
  • 90g gula kastor 
  • 1 sudu besar tepung jagung 
  • 1 ts cream tartar

Bahan untuk base: 

1 bungkus biskut marie (takda biskut marie,bantai ja apa biskut kosong yang ada.Jacob pun boleh.)
3 sudu besar mentega yang telh dicairkan 

Cara-cara:

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok.
  2. Hancurkan biskut sampai lumat dan tuangkan butter ke atasnya.Gaul pastu baru compress biskut tu dalam loyang. 3 cm cukuplah.Masukkan dalam oven selama 5 minit. Biarkan ia sejuk.(aku taknak lama-lama)
  3. Pukul cream cheese and yogurt/fresh cream sampai hati kau rasa puas. hehe. Until soft and creamy okay
  4. Campur dulu gula,cream tartar and tepung. Baru masukkan ke dalam cheese tadi.Pukul sampai sebati.
  5. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Dalam bekas yang lain, campurkan putih telur and susu segar. Takyah pukul dia sampai koma. Nanti kek tak lawa.
  6. Masukkan campuran putih telur tadi ke dalam mixture cheese. Pukul sampai sebati.
  7. Then,barulah masukkan tepung jagung and jus lemon. Pukul lagi.
  8. Tuangkan mixture dalam loyang yang ada biskut tadi.
  9. Masukkan loyang tadi ke dalam loyang yang lebih besar.Isikan loyang yang besar tersebut dengan air sehingga 1/4 of it penuh. ( pastikan masak kek begini okay)
  10. Masukkan dalam oven dan masak dalam 45-50 min ,170 darjah celcius.
  11. Bila dah masak, sejukkan semalaman.Baru sedap dimakan.

Nilah rupa cheese cake aku selepas tiga kali percubaan. K sampai sini jak. tataa


Kamsahamnida baca entri ini!^o^

0 000 tikus menggigit: