Pages

Resepi tiramisu simple gila!!

Assalamualaikum.

      Lama gila aku tinggalkan blog. Macam gua pun ada. Alah, aku kan ambil SPM tahun ni. Best gila dah habis. Rasa macam mau lompat bintang seratus kali. Disebabkan aku dah habis SPM, aku nak buat semua  yang aku tidak boleh buat during shcool time. 
  
     Actually, aku takla berapa minat kat tiramisu. Aku start dengar nama tiramisu ni kat sinetron Benci Bilang Cinta. Then one day, aku nampakla resepi tiramisu kat Fatin Liyana punya blog. Simplenya... Resepi aku sama ja dengan dia punya cuma aku edit sikit. Seriously,  this is the easiest cake I've ever made. Tak payah letak telur or letak kat oven or sukat2 semua tu. Kalau aku laaaa...

Bahan-bahan:


  • 1/2 kotak whipping cream
  • 250 g cream cheese. (aku guna Philadelphia cheese)
  • Gula secukupnya. (ikut hatilah nak manis ke tak. Aku letak 5 sudu gula then susu pekat sikit. Saja.. tapi sedap juga.)
  • 1 paket biskut tiramisu (kat tempat aku takda biskut ni so bantai jalah biskut Marie kat almari tu)
  • Air Nescafe tanpa gula
  • Nescafe 3 in 1 atau serbuk koko (I prefer to use choco powder sebab pahit+manis=nyammm) 

Cara-cara:

  • Campur cream cheese, gula dan whipping cream ke dalam mangkuk. Putar sampai sebati. Kalau cair sangat, itu maknanya whipping cream terlebih la tapi aku tak kesah sebab kalau masuk peti sejuk pun, dia akan solid juga.
  • Bancuh nescafe tanpa gula. Celup biskut kat air tu dan susun kat loyang. *
  • Tuang sedikit adunan tadi untuk cover biskut. *
  • Tabur nescafe 3 in 1 atau serbuk koko guna penapis. Kalau tak guna penapis tak cantik.*
  • Ulang balik langkah * sampai loyang tu penuh. Tak penuh pun takpa. Ikut suka hati masing-masing lah. 
  • Kalau taknak guna loyang pun takpa. Guna tupperware or bekas plastik pun bole. Hihi.
  • Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam gitula. Baru sedap nak makan. 

macam ni lah rupa tiramisu aku.

Guys, selamat mencuba!



Kamsahamnida baca entri ini!^o^

Download Drama kat Dramacrazy.net pt2

Annyeong!

Lama dah aku tak jenguk blog aku ni. Al maklumlah aku amik SPM tahun ni. Budak asrama pula tu. Kawan aku balik2 cakap blog aku tu dah usang terbiar. Akhirnya, hati aku terbuka untuk jenguk sekit blog ni. Rupanya ada orang tinggalkan komen and mesej kat sini . Aku tak bagi penerangan yang terperinci kat entri tu. So, I hope you guys will understand what I'm gonna tell you about. 

1. "Nadia,camna nak dapatkan URL IDM yang awak download?"

Saya download IDM kat web ini. Kalau korang taknak download kat website ni pun no hal. Pergi download kat official website dorang pun boleh.  Lepas dah 30 hari,IDM yang takda 'lesen' akan expired.Ingat biskut ja ka ada expired date? Tips saya, lepas dah expired, uninstall IDM tadi and download balik.hehe. Itulah yang saya lakukan waktu tak reti nak crack IDM. Maka,untuk jadikan dia full version,korang kenalah ikut beberapa steps. Korang ikut steps kat blog ini. This blog will teach you on how to make your IDM be the full version one without crack.

Tapi....

Kalau cara yang blog tu bagi tak menjadi,please let me know okay.I'll give you another method!

2. "Tak keluar pun perkataan download tu,Nadia"

Saya pun pernah mengalami masalah ni. Apa yang saya buat ialah saya tak guna Google Chrome. Saya akan guna Internet Explorer kalau nak donlod drama kat dramacrazy.So,bagi pengguna Google Chrome silalah menggunakan IE kalau nak download drama.


3. "Eh,I guna internet Explorer takda pun kuar 'download'2 ni!"

Itu beerti setting IDM anda yang bermasalah. Okay,ikut saya :

1- Buka IDM anda. 

2- Klik Downloads -> General / atau terus tekan Options

3- Tick Internet Explorer and Google Chrome sekali okay.

4- Tekan Ok! Siap!


4. "Napa tak kuar juga??"

Degil IDM ni! Kalau masih tak keluar juga kotak download tu, ikut step di bawah:

1- Klik Downloads -> General / atau terus tekan Options

2- Klik kat keys (customize keys to prevent or force downloading with IDM)

3- Tick kat use the following key(s) to force downloading with IDM for any links.

4- Tickla mana satu yang korang nak.

5- Tekan OK. 


Sekian sahajalah. Oh ya,kenapa saya sarankan guna Internet Explorer? Sebab kalau IDM dah siap download k-drama dari dramacrazy.net (web k drama yang lain aku tak tahu pula) , IDM sendiri yang akan rename video tu.


 Moreover, video-video yang dah siap didownload akan tersusun ikut episod dengan sendirinya sebab dah direname oleh IDM ^^ 

Kalau guna Google Chrome, kita kena rename sendiri tau. IDM akan bagi nama i493qi849592i592i459824985249 macam ni. Contohlah heheh. 

So,better guna Internet Explorer. Tak menyusahkan walaupun sedikit slow. Tapi nak load page saja yang slow. Nak download, TIDAK dengan IDM. hoho ( boleh kot jadi promoter LG pas ni)


Kalau masih ada problem,please let me know. Ask me kat Twitter or kat komen box tapi selalunya saya on Twitter sebab 'malas nak jenguk blog' punya penyakit selalu datang okies. 

That's all. Assalamualaikum.


                                                       Oh Soo and Oh Young :)
   


p/s dah tengok ke drama That Winter The Wind Blows? best gilaaaa tak yah 
     cakap.The story is so pathetic babe. Kalau belum tengok,sila download.Takkan 
     menyesal! Sedih siot uwuwuwu
Kamsahamnida baca entri ini!^o^

my precious cheesecake

Assalamualaikum.


Entri ni untuk si ugou Niki (poyo) sebab dia balik-balik tanya. Tidak di Twitter and sms,di Instagram pun dia ada menanya.Hehe. Enda bah. Aku amik resepi ni dari MyResepi.com tapi aku edit2 sikit bahan dan cara buat dia.

Bahan2:

  • 250g cream cheese (aku kasi lebih sikit sebab mau tambah beratkan tapi kalau tidak mahu,boleh juga.hehe)
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt(aku tak letak fresh cream.aku guna yogurt)
  • 2 sudu besar jus lemon (aku guna sikitttt saja.keju dahlah masam,ada yogurt lagi nanti tambah masam pula)
  • 3 sudu besar tepung gandum ( aku tambah 2 sudu lagi.)
  • 2 biji telur (asingkan putih dan kuning)
  • 1 cawan susu segar
  • 90g gula kastor 
  • 1 sudu besar tepung jagung 
  • 1 ts cream tartar

Bahan untuk base: 

1 bungkus biskut marie (takda biskut marie,bantai ja apa biskut kosong yang ada.Jacob pun boleh.)
3 sudu besar mentega yang telh dicairkan 

Cara-cara:

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok.
  2. Hancurkan biskut sampai lumat dan tuangkan butter ke atasnya.Gaul pastu baru compress biskut tu dalam loyang. 3 cm cukuplah.Masukkan dalam oven selama 5 minit. Biarkan ia sejuk.(aku taknak lama-lama)
  3. Pukul cream cheese and yogurt/fresh cream sampai hati kau rasa puas. hehe. Until soft and creamy okay
  4. Campur dulu gula,cream tartar and tepung. Baru masukkan ke dalam cheese tadi.Pukul sampai sebati.
  5. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Dalam bekas yang lain, campurkan putih telur and susu segar. Takyah pukul dia sampai koma. Nanti kek tak lawa.
  6. Masukkan campuran putih telur tadi ke dalam mixture cheese. Pukul sampai sebati.
  7. Then,barulah masukkan tepung jagung and jus lemon. Pukul lagi.
  8. Tuangkan mixture dalam loyang yang ada biskut tadi.
  9. Masukkan loyang tadi ke dalam loyang yang lebih besar.Isikan loyang yang besar tersebut dengan air sehingga 1/4 of it penuh. ( pastikan masak kek begini okay)
  10. Masukkan dalam oven dan masak dalam 45-50 min ,170 darjah celcius.
  11. Bila dah masak, sejukkan semalaman.Baru sedap dimakan.

Nilah rupa cheese cake aku selepas tiga kali percubaan. K sampai sini jak. tataa


Kamsahamnida baca entri ini!^o^