Pages

Raya kemain..


ASSALAMUALAIKUM!!!! 

hehe,feel raya tu..cehh....First of all,aku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri 1433H maaf zahir dan batin buat semuaaa warga Blog..
(siap tahun hijrah lagi tu.amik kau~)

Taqabballahu Minna Wa Minkum!


 and Salam aidilfitri to all muslims around the world. May Allah shower us with tremendous blessings.



Tadi aku pergi 1 Borneo,Kota Kinabalu. Fuiyoo, punyalah banyak orang.macam semut owh! 

Sebaik sahaja menjejaki pusat membeli belah tersebut,maka bermulalah episod "SHOPPING SAKAN" aku. ayat.....

penatnya kaki ini berjalan-jalan di sana mencari baju raya.Baju raya aku yang ditempah belum siap so terpaksa beli baju raya yang sudah siap dijahit.Aku pilih baju warna ungu.Takdalah cantik sangat pun.. baju kosong,simple sanad! walaupun begitu,RM200 tetap melayang. 

Then,aku pergi beli bantal Spongebob. Haha,comel nak mampus..

Time aku pergi Kamdar,there's something terrible happened.

Aku ni mau cri tudung labuh bidang 60.Yelah kan..budak sekolah agama.nak test tudung baru... Aku tanyalah kakak Kamdar tu.

Dia pun tunjukkan aku kat mana kain tudung tu.Aku pun ikut.Lepastu,dia blah.Tengah asyik memilih kain,aku nampak ada kain tudung cntik tapi kat bahagian tersembunyi.Tempat tu kena halang oleh gulungan kain yang belum dibuka.

Toleh kanan,toleh kiri..

Wah,tiada orang nampak! Aku pun buka sandal.Aku terus pijak gulungan2 tu..Cantiklah kain tudung tu. Tiba-tiba......... adik aku Arman datang.

Arman: Kakak! Apa kakak buat sana tu?! (dengan suara yang kuat)

Aku: Eh,diam-diam bah.Aku turun lah ni! 

Dengan tidak semena-menanya,brooch aku tersangkut kat batang gulungan kain tudung yang sedang berdiri.Aku pun terjatuh. Nak tahu apa terjadi?

Semua gulungan kain yang sebaris dengan kain tudung yang aku tengah cari tu jatuh macam dekat cerita Robots tu!! 

Aku punyalah mengelabah terus cabut.Haha..lawak sangat kalau difikirkan semula..

Okaylah,ciao..merepek tengah malam..Assalamualaikum :)





Kamsahamnida baca entri ini!^o^

0 000 tikus menggigit: