Pages

Review drama - 49 Days

                                                                 Annyeong !
                                      


49 Days ? Apa benda tu ? 






49 Days is a korean drama that can makes your air badan habes ! (broken BI)


Hoho . Bagi peminat K-Drama kat sana tu,mesti korang dah pernah tengok drama ni kan ? 


                                                   source : Sarjan Google

    Aku tengok drama ni tahun ni. Kawan aku , si Dila yang sudah jadi 'hantu Korea' recommend drama ni time bulan Julai tu . Bila dia cerita kat aku  , aku pun dengar ja lah walaupun sebenarnya aku tidak faham apa yang dia cakap sebab aku just cakap "Oh ya ?" , "Pastu?" and "Ohh.." .Main cakap ja,tidak fokus dengan apa yang dia cerita. watever. Aku takda mood mau tengok K-Drama time tu memikirkan PMR yang hampir dekat mau mampus.


  Then,tetiba hati aku terasa macam mau tengok 49 Days tu selepas bestfriend aku, si Nanang cakap cerita tu(49 Days) sedih gilakk . Aku pun dengan semangatnya memberi pendrive kat si Dila minta 49 Days . Hoho .Akhirnya,terlupa sudah si PMR. :DD


Satu malam aku tak tidur tengok drama ni.Time bulan Ogos,bulan Ramadhan lagi tu(tak ingat dunia). And seriously,drama ni memang .. sumpah!! Sangat menyedihkan ;( hua3..






   49 Days ni mengisahkan hidup seorang gadis iaitu Shin Ji-Hyun(Nam Gyu Ri)yang sememangnya cukup sempurna.Comel , cantik , kaya,ada 2 orang kawan yang baik iaitu Shin In Jung dan Park Seo Woo, ibu bapa yang sangat menyayangi dia dan ada tunang handsome yang bakal dikahwininya beberapa hari ja . Sementara itu , ada seorang gadis bernama Song Yi Kyung(Lee Yo Won)yang hidupnya ibarat layang-layang putus tali gitu sebab boyfriend dia sudah meninggal.Dia ni murung ja, kerja shif time malam and tidur time tengah hari.


   Satu hari , Yi Kyung pun merancang mau bunuh diri kat satu jalan raya( aku pelik kenapa dia bawa bunga ros layu.Rupanya,bunga daripada boyfriend dia).
Jalan punya jalan , Yi Kyung hampir terbunuh dilanggar lori (tak silap) tapi ada orang selamatkan dia. Banyak kereta terbabas gara-gara tu termasuklah Shin Ji Hyun yang gagal mengawal keretanya dan .... kemalangan kat sana.Dia pun keluar dari kereta dan ternampak badan dia berdarah . Dia cuma tinggal roh. Orang ramai tak boleh tengok dia tapi dia perasan ada seorang lelaki yang boleh nampak dia.


   Lelaki tu ialah Scheduler(Jung Il Woo) yang berperanan membawa roh manusia yang telah mati ke destinasi terakhir,elavator.Angel of Death la macam tu.Apapun , dia cool dan lucu !! :DD Dia bagi peluang kedua kat Shin Ji Hyun untuk bangun dari koma iaitu Ji Hyun kena cari 3 airmata ikhlas selama 49 hari.Ji Hyun dibenarkan meminjam badan seorang perempuan iaitu Song Yi Kyung, penyebab utama kemalangannya!!


                                        the scheduler and Shin Ji Hyun




 Sepanjang 49 hari mencari air mata tanpa dibenarkan mendedahkan  identiti,dia mendapati bahawa rupanya Kang Min Ho (Bae Soo Bin),tunangnya dan kawan baiknya ,Shin In Jung(Seo Ji Hye) ada hubungan sulit selama ini.Bukan saja  bercinta malah mereka merancang untuk mengambil alih syarikat ayah Ji Hyun.Sejak itu,Ji Hyun rasa bahawa sangat susah untuk dia mencari 3 airmata itu.Dengan bantuan Han Kang (Jo Hyun Jae),kawan lamanya yang juga meminati Ji Hyun secara diam-diam membantu Ji Hyun menyelamatkan syarikat ayahnya. 


Selain itu, ada sesuatu antara Song Yi Kyung dan Scheduler. :) (babak-babak antara mereka berdua inilah yang menyentuh hati aku !!)


Tak terdaya aku cerita semuanya .Banyak tersirat dan tersurat !Btw, Storyline 49 Days ni syiokkk ! Daebak !
                                                              Kantoi 


Ending cerita ni sad tapi aku puas hati.Aku menangis ja tengok cerita ni.


Aku suka watak Song Yi Kyung kat sana !  


 Babak dimana Kang Min Ho beralih cinta daripada Shin In Jung kepada Song Yi Kyung yang sebenarnya Shin Ji Hyun,tunangnya sendiri juga mencuit hati.












 Aku bukan cengeng ,sensitif gila  tapi bila tengok drama ni,huh! Sangat susah untuk tidak mengalirkan air mata . 




           Song Yi Kyung dan Song Yi Soo,boyfriendnya yang meninggal 5 tahun lepas yang juga Scheduler.


  Song Yi Soo (jung Il Woo) melengkapkan 5 tahun sebagai Scheduler untuk bertemu Song Yi Kyung,his love. 


                             Rupanya mereka adik beradik yang terpisah ketika kecil.




Overall rating : 4/5 bintang


Kalau korang belum tengok lagi,korang boleh tengok online kat dramacrazy or mana-mana website yang boleh tengok online.Bagi yang mempunyai internet berkelajuan cahaya laa .. :) Atau tengok kat ONE HD (astro Beyond) ,chanel 393 setiap Ahad pukul 3.25 pm - 4.45 (dua episod ulangan) . Ulang tengok cerita ni . :)








Okayla , chow dulu. Annyeong !! ^o^




Walaupun tak logik,cerita ni best.Apapun kitaorang mau different kan?:) 




Kamsahamnida baca entri ini!^o^