Pages

Hari-hari yang lalu *winks*


Salam buat pembaca yang maybe dah bosan tengok blog ni,


  Hey,punyalah lama saya tak buat entri kan?Sebenarnya,saya sibuk sikit time cuti-cuti Malaysia ni dan seriously,I don't have time to update this blog.Sekarang ni,saya sedang menunggu result PMR keluar.Omaigadd,saya betul-betul nervous!Semalam saya mimpi saya amik result kat sekolah.Dapat 8A 1C.Argh,nda maulah! Saya mahu 9A!Apapun,saya kena tawakkal.Nervous,nervous!


  Oh ya!Korang yang tengah baca entri ni apa khabar?Baik?

 Hari ni,abang sepupu saya kahwin.So,terpaksa pergi jugak..cehh,terpaksa konon.Penat weii,kejar sana kejar sini,angkat sana angkat sini.<--aku tipu ja tu.Aku duduk ja kat sana sebenarnya.Haha..Suka tengok isteri dia,sangattt cantik!Ala,kak Shima,kerani kat sekolah saya..Dulu waktu dia still bujang,saya sentiasa tertanya-tanya."bilala kak Shima ni mau kahwin?Cantik gila.Beruntung betul siapa dapat dia.." Rupa-rupanya,si abang sepupu yang dapat.Tadi,kat rumah abang sepupu,aku ternampak abang kepada abang sepupu..ayat berbelit ka?haha..Saya panggil dia Abang Dila.Lama gila tak nampak dia! And wow,dia bawa makwe dia.Comel ja tengok.Time saya kecik-kecik dulu,saya rapat gila dengan dia.Main angkat-angkat lagi.Kitaorang kat Sabah panggil Main bobo' bobo'. 

   Tapi,kita tak rapat lagi dah.Tak biasa.Tadi dia hampir tak kenal saya.Bila dah cam,tetiba dia peluk and cium kepala saya..Omaigadd..AWKWARD gila.okayy,tutup cerita pasal kahwinII.


  


  Ni lagi satu kess baru-baru ni!Haish! Laptop aku tetiba pula rosak.Rasa cam nak nangess pun ada.Operating systemnya ROSAK -_- Hard disk pun kena virus.Saya menunggu kedatangan abang saya yang lebih pro dalam hal ni.Tak tau nak buad camna.Kalau sampai mama saya tahu,SIAPLAH.Ni semua saya punya pasallah,dah gila sangatt mendownload video dan lagu.Tulah kena virus!Lagipun dah lama tak update anti virus.Nak update tapi asyik asyik penyakit malas datang.Tak sabar menunggu 16.12.2011 ni, abang Umar balik rumah! Cepat-cepat lah.


  Tapi tarikh tu cam dekat-dekat ja dengan tarikh result PMR kuarr kan? Argh !! Stresnya!




 Okayy,sampai sini sahaja coretan saya <--ayat karangan time kertas BM hari tu.   
  


 Nak sambung walking kat blog Khayrin Jamila. Bestfriend saya time sekolah rendah.Rindu dengan dia. Tak sangka dia masih ingat kat saya sebab hubungan kitaorang terputus time 2006.Saya berpindah ke sekolah lain.Rindula saat kami jalan sama-sama,makan sama-sama,ketawa sama-sama and semua bendalah.Ingat lagi waktu saya dan sorang lagi kawan baik juga,nama dia Adzirah , kitaorang gaduh rebut kawan si Khayrin ni sebab dia ni baik gila walaupun pendiam.


 "Khayrin,jangan kawan Nadia tu.Kawan dengan Adzirah ja ar.. "*jelir lidah kat aku*

 "Ih! Kerin,jangan kawan Adzirah.Dia tu jahatt.." *jeling Adzirah*
  
 Hish,hish..zaman budakII la katakan, tak MATANG langsung. Haha.




Korang masih ingat bestfriend korang time zaman hingusan x? :DD






Paii paii ^^

Kamsahamnida baca entri ini!^o^

0 000 tikus menggigit: