Pages

Drama Full House

Salam,annyeonghaseyo,hello,hi!




  Sapa pernah tengok Full House ? Pernah? Best kan? Sangat-sangat! Aku dah pernah tengok time 2006 tak silap dan buat kali keduanya aku tengok tahun ni.Rindu dengan drama ni! 




   Cerita ni dilakonkan oleh Song Hye Kyo(Han Ji Eun) dan Rain Bi(Lee Young Jae).Han Ji Eun ni seorang penulis yang hanya mempunyai sebuah rumah iaitu Full House. .Tapi rumah tu dijual oleh kawan baik dia.So dia pun pinjam duit dari Lee Young Jae untuk balik ke Korea.Time dia balik,Ji Eun dapat tahu rumah dia dah dibeli oleh Young Jae.Nak dapat rumah tu balik,dia pun sain sebuah perkahwinan kontrak dengan Young Jae.





 Sepanjang perkahwinan dorang tu,banyak perkara yang berlaku.Walaupun sering bergaduh,dorang ni mula sedar bahawa mereka ni mulai saling mencintai..Haha! suka3! Tapi dorang masing-masing ego,tak nak mengaku perasaan cinta tu.Kemunculan watak si Hye Won(Han Eun Jung) dan si Min Hyuk(Kim Sung Soo) ni menimbulkan lagi perasaan cemburu dalam rumah tangga dorang.Ish! Punyalah geram dengan dua orang ni.Mengganggu! tapi saya suka bila Min Hyuk tu pikat Ji Eun.Cool gila! Suka tengok Lee Young Jae jeles kat Min Hyuk ! Ego gila ni!Kalau suka tu,cakaplah..


 Aku tengah syok sendiri .. Kah,kah,kah!




Nilah potret yang digantung kat ruang tamu Full House



  Drama ni romantik gila! Tak tipu.Time tengok dulu,aku takda feeling langsung..Biasalah,masih budak hingusan..Manalah tahu pasal cintan cintun ni.Aku ikut ja makcik aku tengok. Haha..


  Paling melucukan waktu si Ji Eun nyanyi The Three Bears kat depan nenek dan mak Young Jae.Comel dan sangatt lucu..






Bagi yang belum pernah tengok,korang boleh tengok kat dramacrazy , YouTube   atau koreanmovie . Paling senang korang boleh tengok kat NTV7, setiap hari Isnin - Jumaat , pukul 12.00 pm - 1.00 pm .. sekarang ni dah episod 22.
  


Wokey,aku dah terlepas The Partner ni. Huh!  


Sekarang ni, Rain kat Military kan? ;'( die hard fan , cehh !




Paii paii,annyeong!   \^o^/










Kamsahamnida baca entri ini!^o^

2 000 tikus menggigit:

Zaf98 said...

hahaa! klaka la die nyanyi lagu tu~ sy penah teng0k cite ni~ tapi, tak abis lagi teng0k~

nadiah itu saya said...

@ZaF98
ya! paling lucu bila tengok rupa nenek dan mak si young jae tu.Terlopong tengok si Ji Eun menari Three Bears tu..hahaha...Sakit perut ketawa depan tv!